my banner link

Selasa, 22 April 2014

Pemimpin Dunia dan Jam Tangannya.

Jam tangan pada saat awal pembuatannya lebih sinonim dengan wanita, ini karena kaum Adam lebih ketika itu lebih gemar membawa jam saku ( pocketwatch ) yang diletakkan di dalam saku.



Namun ketika perang dunia kedua meletustus, tentara Jerman menganggap membawa jam saku sebagai sesuatu yang menyusahkan selain perlu mengeluarkan dari saku untuk mengetahui waktu. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk memakai jam tangan yang mana lebih mudah untuk mengetahui masa walaupun ketika bertempur.

Adalah seorang pilot Brazil bernama Alberto Santos-Dumont dimana beliau mengeluarkan ideanya yang diinspirasikan sewaktu beliau menerbangkan pesawat. Beliau menyatakan bahwa agak sukar bagi dirinya untuk mengetahui waktu karena jam berada di dalam poketnya. Jadi, beliau meminta rekannya, Louis Cartier untuk membuat jam tangan supaya beliau boleh membuat anggaran masa dalam keadaan mengemudi pesawat.
Dari situlah bermulanya revolusi jam tangan yang dipakai oleh sekalian manusia sehingga ke hari ini. Tidak dinafikan bahawa bagi sesetengah orang, jam tangan merupakan salah satu aksesori wajib yang dipakai dalam kehidupan seharian seperti penulis. Sejujurnya, penulis berasa gelisah dan hilang keyakinan bila jam tangan tidak terikat di pergelangan kiri penulis.

Ada yang mengatakan bahawa perwatakan seseorang itu boleh dibaca melalui jam tangan yang mereka pakai dan dibandingkan dengan suasana ataupun keadaan tersebut.

Judul diatas mengenai jam tangan dan pemimpin... Hampir kesemua pemimpin di dunia memakai jam tangan dalam melaksanakan tugas seharian mereka. Karenana jam tangan merupakan salah satu cara mereka membuat image diri mereka terutamanya jam mahal seperti Rolex, Omega, TagHeuer, Panerai, IWC, Cartier, Breitling, Frank Muller, Hublot, Corum, Chopard, Girard-Perregaux, Vacheron Constatin ataupun Patek Philippe.



Salah seorang pemimpin yang tidak boleh diabaikan dengan jam adalah pemimpin Cuba, Fidel Castro dimana beliau seorang peminat koleksi jam tangan Rolex. Malahan ketika beliau menggulingkan diktator, Fulgencio Batista ketika Revolusi Cuba 1959, beliau dilihat memakai jam tangan Rolex Submariner ketika sekeping gambar direkam yang diambil dari balkon hotel Hilton.

Di Kremlin, Moscow, Fidel Castro dalam pertemuannya dengan Pemimpin Partai Komunis Soviet, Nikita Khrushchev .Fidel Castro terlihat memakai dua utas jam tangan Rolex di pergelangan tangan kirinya.



Tidak dapat dinafikan lagi bahwa Fidel Castro seorang peminat jam tangan ternama Rolex sehingga kerap kali memakai dua utas jam tangan dalam sesuatu masa. Mungkin dalam konteks lain beliau ingin menunjukkan tahap kekuasaan dalam pemerintahannya di Cuba. Atau mungkin dia menyesuaikan dua wilayah waktu di negaranya dan di negara yang dikunjunginya.



Sedangkan Presiden Russia, Vladimir Putin juga seorang penggemar jam tangan mewah. Beliau dianggarkan mempunyai koleksi beberapa jam tangan mewah yang bernilai Rp.8.800.000.000 yaitu lebih enam kali ganda gaji tahunannya sebesar Rp.1.267.000.000. 



Antara koleksi jam tangan yang beliau miliki adalah Patek Philippe yang dibuat dari emas putih dianggarkan sekitar Rp 704.000.000, Tourbograph yang bernilai lebih kurang Rp5.2 M selain jam tangan Blancpain yang dinamakan Leman Aqya Lugn Grande Date yang dikatakan bernilai Rp 123 juta.



Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy turut memaparkan imejnya dengan seutas jam tangan Girard Perregaux 1966 Annual Calendar and Equation Time berharga Rp.352.000.000 ketika berada dalam sidang Komuniti Ekonomi Eropa.

Selain itu, beliau pernah dilihat menanggalkan jam tangan Patek Philippe berharga Rp. 774.000.000 yang diberikan oleh isterinya, Carla Bruni.


Presiden Amerika Serikat, Barack Obama memakai pelbagai jenis jam tangan antaranya TagHeuer selain jam tangan dari Dinas Rahasia yang direka oleh Jorg Gray yang dinamakan JGC6500 Chronograph. Beliau kerap kali  memakai jam tangan Highgear Enduro Compass dalam melakukan aktiviti hariannya.





Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton turut menggemari koleksi jam tangan mewah seperti Penerai, Luminor, Cartier Santos-Dumont dan Roger Dubuis.



Nah bagaimana dengan jam tangan anda..:) ?

source: seafailed dan editan dari berbagai sumber